APZ BODY & PAINT EMPIRE

SPECIALIST CAT KERETA
Full Body Paint / Body Repair / Small Touch Up / Ketuk&Welding / Small Part Spray

Pengenalan

Selamat datang ke bengkel cat kereta kami, di mana kualiti, pengalaman dan kepuasan pelanggan sentiasa menjadi keutamaan. Dengan pengalaman bertahun-tahun dalam Full Body Paint, Repair Body dan Small Touch Up, kami memastikan setiap kerja dilakukan dengan teliti dan profesional.
Kami hanya menggunakan bahan cat dan peralatan terbaik untuk memastikan hasil yang cantik, tahan lama dan sekata. Kami juga bukan hanya mengecat kereta , selain kereta kami juga cat Van dan Lori . Setiap pelanggan adalah unik, jadi kami sentiasa mengutamakan permintaan dan citarasa anda, supaya kereta anda bukan sahaja kelihatan hebat, malah mencerminkan gaya dan personaliti anda. Di bengkel kami, servis terbaik bukan sekadar janji ia adalah komitmen kami untuk setiap kereta yang keluar dari bengkel.

Kami menggunakan bahan serta peralatan profesional dan terkini

“Di Apz Body & Paint Empire, kami hanya menggunakan bahan cat dan peralatan profesional yang berkualiti tinggi, termasuk peralatan mahal dan terkini, bagi memastikan setiap kerja cat kereta dilakukan dengan ketelitian maksimum dan standard premium. Setiap proses dijalankan oleh teknisi berpengalaman, dari persediaan badan kereta hingga ke lapisan cat akhir, supaya hasil akhir sekata, kemas, cantik dan tahan lama. Kami percaya bahawa kualiti kerja bukan sahaja pada skill, tetapi juga pada penggunaan bahan dan alat terbaik, untuk memberikan pelanggan pengalaman servis yang premium dan memuaskan.”

Pelbagai service

Bengkel kami menawarkan pelbagai servis cat dan pembaikan badan kereta yang lengkap untuk memenuhi keperluan pelanggan:

41e60a7c 71a5 4e4c 9e07 232118938efe

FULL BODY PAINT ( Cat seluruh Kereta )

Perkhidmatan Full Body Paint ialah proses mengecat semula keseluruhan badan kereta bagi memberi penampilan baru, kemasan lebih kemas dan warna yang sekata. Kami menitikberatkan kualiti, detail dan ketahanan cat, bukan sekadar cantik di mata tetapi tahan lama untuk penggunaan harian. Kelebihan Full Body Paint • Warna lebih hidup & sekata • Finishing kemas tanpa belang • Perlindungan dari pudar & karat • Nilai visual kereta meningkat • Sesuai untuk tukar warna atau refresh warna lama Pilihan Warna • Warna standard & custom • Solid, Metallic & Pearl • Custom mix ikut citarasa pelanggan

f5c61eea d4a8 4764 8693 fee6d341d859

SMALL TOUCH UP ( baik pulih )

Perkhidmatan Small Touch Up sesuai untuk membaiki kecacatan kecil pada cat kereta seperti calar halus, kesan geseran, cat terkopek atau pudar di bahagian tertentu sahaja. Servis ini fokus kepada pembaikan setempat tanpa perlu cat keseluruhan panel, menjimatkan masa dan kos. Masalah Yang Sesuai Untuk Small Touch Up • Calar ringan • Cat mengelupas kecil • Kesan geseran ringan • Pudar di kawasan tertentu • Kesan hentakan kecil (tanpa kemek besar)

Photo 6240191910765071244 Y

Repair Body / Ketuk Body Kereta

Perkhidmatan Repair Body / Ketuk Body bertujuan membaiki kerosakan pada badan kereta seperti kemek atau bentuk tidak sekata akibat hentakan, kemalangan kecil atau penggunaan harian. Fokus utama kami ialah mengembalikan bentuk asal badan kereta sebelum kerja cat dilakukan, supaya hasil akhir nampak kemas dan berkualiti. Masalah Yang Sesuai Untuk Repair Body • Kemek • Badan tidak sekata • Kesan hentakan ringan hingga sederhana • Panel senget atau tidak rata • Kesan kemalangan kecil

Hasil Berkualiti , Pelanggan Gembira Kepuasan Kami
Maklum Balas Pelanggan Kami
cw contact hero

” Dipercayai , mesra , perkhidmatan pantas sangat bagus .”

MOMOCHI
bg06 free img

” cepat siap , clean result , clear & semart 💯.”

NUR LIZA
services 06 free img

” Service terbaik . cepat pantas memang recommended by me.”

NUR AI.NA
cw foam wash

” Alhamdulillah . berpuas hati dengan hasil kerja, laju dan kemas . terima kasih Apz body&Paint.”

NORAINI

Teknik Spray Profesional

Jika anda mencari bengkel cat kereta dengan kualiti tinggi, servis terbaik dan skill hebat, anda berada di tempat yang tepat. Apz Body & Paint Empire, yang terletak di Bandar Rinching, Semenyih, menyediakan pelbagai servis cat dan pembaikan badan kereta yang lengkap untuk memenuhi keperluan anda.

Kami menawarkan:

•Full Body Paint 5 Layer dengan hasil yang sekata, kilat dan tahan lama

•Small Touch Up untuk calar ringan atau kawasan pudar

•Repair Body / Ketuk Body untuk mengembalikan bentuk badan kereta sebelum dicat

•Spray Booth berteknologi tinggi untuk memastikan cat melekat sempurna dan hasil kemasan profesional

Warranty 3-5 tahun sebagai jaminan kualiti

Setiap kerja dilakukan oleh teknisi berpengalaman yang mengutamakan ketelitian, detail dan kepuasan pelanggan. Kami hanya menggunakan cat dan bahan terbaik supaya setiap kereta yang keluar dari bengkel nampak baru, cantik dan tahan lama.

Di Apz Body & Paint Empire, kami percaya bahawa kualiti bukan sahaja pada cat, tetapi pada skill, proses dan perhatian terhadap setiap permintaan pelanggan. Setiap servis disesuaikan mengikut keadaan kereta dan citarasa anda, memastikan hasil premium dan memuaskan.

Kenapa pilih kami?

Kualiti

Hasil kemas dan tahan lama

Harga

Harga berpatutan dan tiada caj tersembunyi

Servis

Servis pantas dan dipercayai

Jaminan

3 hingga 5 tahun jaminan